Entry khas.. Special dedicated untuk our little princess..
Assalamualaikum..
Kehadapan puteriku yang dikasihi, Hadirah. Mummy really miss you so much.. Happy birthday sayang..
Genap 2 tahun hari ni dah kan.. Mummy doakan semoga Hadirah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi seorang anak yang solehah dan sentiasa dilindungi oleh Allah swt..
Walaupun kita sentiasa berjauhan, namun kasih sayang Mummy tiada berbelah bahagi dan setiap detik, setiap saat, setiap ketika, Mummy sentiasa mengingati dan merindui sayang.. Ingatlah bahawa setiap pengorbanan yang Mummy dan Papa lakukan untuk sayang.. Mungkin sayang belum mengerti, tapi suatu hari nanti, sayang akan faham jua.. Maafkan Mummy dan Papa sekiranya sayang merasakan ini tidak adil kepada sayang dan kami tidak selalu berada di sisi sayang ketika sayang memerlukan kami.. Namun, kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk sayang dalam apa jua keadaan sekalipun..
Kita akan sambut birthday sayang nanti ye..lain hari la ye.. Hari ni Mummy dan Papa tak dapat nak balik.. Doa kami dari kejauhan sentiasa mengiringimu wahai permata hati kami..
Wassalam..
Salam sayang dari Mummy yang merinduimu, puteriku..
p/s: nantikan next entry, yakni kesinambungan entry ini..
0 comments:
Post a Comment